Q&A about Labuan Matriculation College

Attention !
Just for PST

Sebelum ni, ada junior-junior yang tanya apa yang perlu dibawa sebelum ke matrik. Itu ini itu ini semua soalan yang sama. So, to make it easy to read, I write it in the Q&A form. Let’s get started.

Q : Yuran bayar sekali sahaja sepanjang pengajian atau setiap semester?
A : Bayar sekali sahaja untuk sepanjang pengajian. Sepanjang 10  bulan pengajian tu, sekali je bayar. Sepanjang 2 semester tu sekali je bayar.

Q : Barang-barang untuk kegunaan harian like baldi and gayung tu nak bawa dari rumah ke?
A : Okay, dik baldi, sabun cuci kain, selipar mandi, tu ada jual dekat koperasi KML. Tapi saiz baldi tak besar mana, kecil je tapi untuk cuci kain boleh laah kut. Beli 2 biji baldi tu. >_<
Kalau nak bawa dari rumah pun boleh, tu pun kalau korang ni tinggal kat Labuan or area sabah yang boleh naik feri ke Labuan. No hal dek.
Untuk adik-adik yang tinggal jauh like Sarawak, Sandakan and Tawau, normally student originated from these places, diorang akan naik kapal terbang and bawa luggage besar-besar. Haha. So, korang bolehlah beli segala baldi and gayung tu kat sini. Boleh beli dekat Bataras Hypermart, kedai ni sebelum sampai KML boleh nampak. Korang bolehlah singgah.
Wait, dekat koperasi KML takde gayung yer dek. Kena beli kat luar. 😊

Q : Cadar warna apa ?
A : Cadar boleh warna apa-apa jak. Biru, merah, putih, pink, plain or what, bunga-bunga even cartoon-cartoon punya cadar pun boleh. Takde sape kesah.

Q : Kalau mendaftar ? macam mana?
A : okay, yang ni I’ll write you another entry. Check this link out !

Q : Jemur kain dimana ?
A : LOL, ye laaa. Dekat asrama sekolah menengah dulu, tempat jemur kain tu kumpul satu tempat right? Tapi kat KML tak. No no no, dekat bilik korang nanti, depan pintu tu ada tempat jemur kain korang, haaa, pandai-pandailah share dengan roommate yaa.  Nak tambah info, dekat KML, dekat setiap blok (blok pelajar perempuan je laaa yang I tau, blok lelaki tak tau, hihi) ada disediakan washing machine yang macam dekat dobi tu. Tapi tak lah yang moden sgt eh, jangan expect lebih. Bayar RM5 satu kali cucian. Mahal kan, haa berdikari laaaah.

Q : Satu bilik ada berapa orang ?
A : Biasanya untuk tingkat 1 and tingkat 2, ada 4 orang stay satu bilik tu. And normally, 2 dari Sabah and 2 dari Sarawak. Untuk tingkat 3, biasanya dalam 2 ke 3 orang yang akan stay dalam satu bilik tu. Untuk tingkat 4 pulak, takde student stay kat situ. Tapi untuk asrama lelaki, yes, dorang full sampai tingkat 4, sebab dorang just ada 2 blok asrama. Perempuan ada 4 blok asrama.

Q : Makan dimana ? Makanan boleh bawa naik atas?
A : Boleh je bawa naik bilik. Dekat KML, ada 4 café. Café A dekat dengan bilik tutorial diantara blok A dan blok B. Café B antara blok C dan blok D. Café C ni café pelajar lelaki, sangat jauh dari bilik tutorial. Café yang satu lagi ni café dekat Menara Pentadbiran.

Hihi, actually banyak lagi soalan, tapi tak ingat sangat. So, ni je lah dulu ye, nanti kalau ada apa-apa, saya update. Kalau ada soalan lain, boleh je komen kat bawah 😝 Tq. Adios~



Comments

Popular posts from this blog

Persatuan dan Kelab di Kolej Matrikulasi Labuan

Pembelajaran dekat KML