Persatuan dan Kelab di Kolej Matrikulasi Labuan

hye, kita straight to the point sja laaa kan.
obviously the title above has brought you guys here.
Di Kolej Matrikulasi Labuan, ada beberapa persatuan dan kelab yang ada. Antaranya :

  • Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

ini hanya layak untuk mereka yang mempunyai perwatakan leadership dan seseorang yang berkomitmen tinggi. sebab, jika anda menjadi ahli jpp ,anda hendaklah bijak membahagikan masa anda dengan sebaiknya kerana anda perlu meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat, berjumpa dengan pihak atasan sebagai wakil pelajar untuk menguruskan sesuatu hal dan belajar pada masa yang sama.

  • Sahabat Al-irfan

persatuan ini pula adalah persatuan yang melibatkan pelajar muslim sahaja, dimana ajk2 persatuan ini akan menjaga kebajikan surau KML dan bertanggungjawab dalam melaksanakan program2 seperti pertandingan tilawah al-Quran, pertandingan Khat, Malam penghayatan Islam dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

  • PRD (Pembimbing Rakan Dinamik)

kalau tak silap saya lah, ini nama full PRD. PRD ni pula adalah persatuan dibawah bahagian kaunseling. rasanya laaah. tapi make sense juga kan. jika anda berminat dengan persatuan ini, anda hendaklah menghadiri temuduga untuk melayakkan anda menjadi seorang ahli PRD .

  • PAL Leader

betul lah kot nama persatuan ni. ini adalah persatuan dimana pelajar2 yang sangat pandai akan menjadi 'tutor' untuk pelajar lain yang memerlukan bantuan dalam pelajaran. misalnya, ali lemah dalam subject chemistry, so, ali kena lah berjumpa dengan PAL Leader subjek chemistry untuk improve performance ali dalam chemistry.

  • KERAP

saya selalu dengar kawan saya pronounce 'kerap' so i thought that is the correct spelling for this persatuan. actually, ini adalah kelab pustakawan. so , tugas diorang jaga library lah, bertugas pada waktu malam, haaaa macam tu lah.

  • COE (club of excellent)

perhaps that is the meaning of the abbreviation. so, jika anda mempunyai bakat seperti menyanyi, menari, bermain alat muzik, bersajak, syair dan sebagainya yang related to art. Here is where u belong. ahli2 kelab ni normally akan buat persembahan sewaktu ada event2 besar contohnya sambutan hari raya, malam citra budaya , sambutan hari kemerdekaan dan banyak lagi.

  • Jakti or Jaktee ?

this one em. setiap pelajar mempunyai satu kumpulan mentor menti. dan dalam kumpulan tersebut ada ketua. jadi ketua kumpulan tersebut dipanggil jakti. jadi jakti ni dapat markah kokum tau
okay, yang saya hurai panjang2 di atas tu adalah persatuan yang agak popular disini. actually, banyak lagi persatuan lain tapi saya tak ingat nama. hee

kelab2 yang ada di KML ni pula ialah :

  • taekwando
  • silat
  • catur
  • choir
  • choral speaking
  • petanque
  • squash
  • badminton
  • basketball
  • netball
banyak lagi ni kalau nak list, sampai bulan depan tak habis

kalau you all tak nak involve dalam persatuan atau kelab di atas ni, anda boleh menjadi ajk asrama . jadi ketua blok, ketua aras , ketua zon dan macam2 lagi jawatan yang anda boleh sandang.

kepada sesiapa yang meminati bidang kawad, anda juga boleh mengikuti perkhemahan yang akan diadakan biasanya bulan september. anda boleh menjadi wakil kawad kaki, masakan rimba atau banyak lagi pertandingan.

dan kepada anda yang berminat dalam bidang sukan, anda boleh lah menyertai KAKOM which i dunno what KAKOM stands for. heee . here you will represent KML dalam main basketball, netball, badminton, dan lain2 game.

so, itu sahaja untuk entri kali ini. semoga menjadi info yang berguna ya

Comments

Popular posts from this blog

Q&A about Labuan Matriculation College

Pembelajaran dekat KML