Pembelajaran dekat KML


A very simple hye from me. Hye.
Nak diceritakan soal pembelajaran dekat KML ni, agaknya panjang lahh kutt. Tapi takpe, aiii cuba pendekkan. Ok kita mula dengan bercerita mengenai 2 jurusan yang ada di KML ni.

JURUSAN SAINS
Jurusan sains terbahagi kepada 3 modul, which are :-
Modul 1 (BP): Biology, Physics, Chemistry, Mathematics
Modul 2 (CP): Chemistry, Physics, Computer Science, Mathematics
Modul 3 (BC) : Biology, Chemistry, Computer Science, Mathematics

JURUSAN PERAKAUNAN
Frankly speaking, I don’t really know about this account thingy ‘cause I’m not account student. Tapi sy tau sikit jak laa. But perhaps still I can share it with you guys, in case yang baca entry sy ni budak akaun 😃
Untuk akaun, ada 4 subjek juga iaitu Matematik Akaun, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Akaun.

Secara amnya, student modul 1 adalah student yang dikategorikan pandai, actually, semua modul pun pandai, tapi modul 1 ni dia macam special sikit, hihi. Module 1 ni majoritinya Chinese. Kalau korang lalu-lalu dekat bilik  tutorial tu, nampak ramai jak Chinese , haaah tu lah bebudak modul 1. Kami panggil budak BP. Usually, sebut jak budak BP, memang di kepala tu cop dorang ni budak pandai.

Student modul 2 (CP) pula, sangat senang nak cam. Yang hensem-hensem, macho-macho tu semua budak CP lah tu. HAHA. Kalau korang tengok orang yang keluar dewan kuliah tu majoritinya kaum adam, hmmm budak CP lah tu. Perempuan ada juga dalam modul 2 ni. Like me, saya modul 2. Ramai jugalah pelajar perempuan sana. Tapi lagi ramai lelaki lah.

Student modul 3 (BC), dak-dak bio. Modul ni dominated by female students, pelajar lelaki seciput jak. 😝 Student account pula, dorang laah student yang beruntung. Dorang habis kelas awal dari bebudak sains. Sini, korang start kelas pukul 7.30 pagi dan habis 4.30 petang. Student acc ada yang habis kelas jam 3.30. Jadual dorang tak packed sangat macam student sains. Hmmm, tapi, takde beza pun tu. Kannnn? Chill~

Next, saya nak buat summary (so-called) untuk subjek-subjek sains yang korang akan belajar di matrik ni nanti. Kiranya , nak bagi korang gambaran lah ye. Tapi saya summarize untuk subjek-subjek sains je lah ye dik, kalau akaun saya tak tau. Hihi

CHEMISTRY
First, kita start dengan Chemistry. Okay, kalau chemistry waktu semester 1 ni senang sikit. Sebab korang akan bermain dengan calculator. Why calculator? Semester 1 korang akan study physical chemistry. Aaaa, korang ada lukis-lukis juga dalam chapter hybridisation nanti 😃 Senang score sem 1 ni, belajaq laa baguih-baguih naaa. Sem 2 nanti, takde pegang calculator dah. Ada lah tapi awal-awal sem je. Tu pun dalam 2 bab awal sem 2. Tak banyak kira-kira sem 2 ni, yang banyaknya mengahafal. Korang kena hafal banyak, serius banyak. Sini, korang akan belajar bab polimer. Masih ingat lagi spm dulu? Haha, korang kena belajar bagi nama alcohol. Alkane and alkene tu belajar balik sem 2. Huhu, otak kena strong dik. Kalau boleh hafal awal-awal. Jangan jadi macam ‘akak’, belajar last minute. Sem 2 ni banyak cabaran, korang akan start nakal, malas dah buat homework tu semua. Hmm , semua batch pun end up cam ni tiap batch, lecturer cakap. Dating jangan cakap, tu lah benda yang selalu sangat nampak, dimana-mana ada. Haiyo, korang jangan gitu ye dik. Belajar dulu, ingat mak ayah, study baik-baik, dapat kerja bagus, give back to your parents. Alright ? I know you’ll say yes. Ok, good. Ehh, out of topic dah ni.

PHYSICS
Let’s get back to our main focus, okay, yang kedua ni nak cerita tentang Physics. Sem 1 pun senang score phys ni. Tak susah pun. Bagi adik-adik perempuan yang dapat modul 2 and 1, jangan risau, physics senang je nak study. Asal korang hafal formula dan faham soalan, confirm A dalam tangan dik.  Sem 2, ni mencabar sikit, yang perempuan study betul-betul, kalau tak faham terus tanya lecturer phys korang. Tak pun, classmate lelaki korang pun korang boleh tanya, lelaki senang je dorang tangkap bendalah physics ni, haa tanya lah dorang. Surely, they will help you. Sem 2 , kena faham concept, setakat hafal formula, memang susah nak score. Sem 2, korang belajar pasal cermin dan kanta masa spm dulu. Bagi saya, chapter ni yang saya susah sikit nak hadam. Korang akan belajar wave juga. Kalau sem 1, korang belajar impulse, momentum, free body diagram (FBD) dan banyak lagi. FBD tu kena faham, kalau boleh biarlah mahir buat FBD, banyak chapter guna FBD. Kalau korang boleh buat FBD, senang jawab soalan nanti. It would be in chapter 4, if I’m not mistaken. Hoho

COMPUTER SCIENCE
What can I say about this killer subject *sigh. Sem 1, boleh dianggap senang lah sebab korang just hafal je. Soalan-soalan yang kena tanya dalam exam semua ada dalam buku and lecture note. So, siapa baca and hafal, dapatlah jawab dengan senang, kalau tak baca apalagi hafal, haah sudah, tahu-tahu lah result korang canne nanti. Sem 2 , 3 chapter yang awal sama kes dengan sem 1, just hafal hafal dan hafal. Chapter last , ya, ada 4 chapter jak sem2 untuk subjek ni. Chapter last ni, Programming. Susah chapter ni takyah cakap lah. Nasihat saya, rajin-rajin jumpa lecturer dan buat latihan programming sendiri. Ok?

MATHEMATICS
Sem 2 lagi senang dari sem 1. Trust me. Sem 1 korang study differentiation (pembezaan), function (fungsi), trigonometry dan ada lagi chapter-chapter yang korang familiar. Sem 2 senang sikit, sebab banyak chapter yang korang baru belajar first time dekat matrik. So, yang korang akan belajar tu kiranya basic lah. And korang ada belajar integration aka pengamiran. Belajar integration dekat matrik serius senang gila, saya pun tak faham kenapa SPM dulu susah sangat nak catch up benda ni. Haha. Korang pun akan rasa benda yang sama juga nanti, saya yakin. Haha  

BIOLOGY
Kalau nak compare sem 1 dan sem 2, sy tak bolehlah. Sebab saya tak ambik bio waktu study kat KML dulu. Tapi based on what I see lah roommate and kawan-kawan saya study apa, dorang study pasal cacing dan bacteria2 tu semua. Bio ni banyak menghafal, sama kes dengan SPM dulu, ( spm dulu saya ambil bio, hehe ). Waktu exam, dorang kena buat essay, yang saya tahulah. Waktu study week, macam-macam nama pelik keluar, dorang kena hafal semua tu. Balik-balik nama pelik tu je lah dorang sebut. Sorry, tak boleh nak explain pasal bio ni, cuba terjah blog lain, mungkin ada blogger yang cerita pasal bio. Goodluck .

KELAS MALAM.
Jangan fikir dekat matrik tiada kelas malam, haha. Ada~ tapi depends dengan lecturer korang lah. Tak lah setiap malam ada, actually kelas malam ni just extra class. Ye laa, nak kejar syllabus , kelas pagi mana lah cukup. So, lecturer kena lah buat kelas malam. Dan pada waktu malam, normally akan diadakan test like physics attack untuk test sejauh mana korang faham subjek phys ni , gituuu. Bukan phys je, semua subjek ada.

Ok, rasanya dah panjang berderet ni. Saya stop sini eh. Pesanan saya, enjoy and live your life well in KML. Sometimes, memang ada masanya kita rasa give up nak study, tapi tu lah, whenever u guys fikir cenggitu, terus ingat mak ayah korang eh, balas jasa dorang dengan study bagus-bagus. Ok? 

Kbai. 

Comments

  1. Tq for the infrmtion😂😁

    ReplyDelete
  2. Gr5 Titanium and Its Bias | TitaniumArt
    Gr5 Titanium and Its Bias - Buy it Online or Buy in bulk online at iTaniumArt. titanium hair trimmer Rating: 5 micro touch titanium trim · ‎3 babyliss pro titanium flat iron reviews · ‎$34.95 2020 ford ecosport titanium · ‎In titanium nipple bars stock

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Persatuan dan Kelab di Kolej Matrikulasi Labuan

Q&A about Labuan Matriculation College